Roti Bun: 8 Resipi Mudah Untuk Anda Cuba!

Korang tahu tak roti bun ini ada banyak jenis? Masa pergi kedai bakeri mesti nampak pelbagai jenis roti.

Sampai rambang mata nak buat pilihan. 

Bila tekak nak makanan yang mengenyangkan selain daripada nasi, semestinya roti alternatif terbaik untuk makan. 

Selain mudah dibawa, roti boleh dimakan dimana sahaja kita berada. Boleh dikatakan bekalan roti memang wajib ada di setiap rumah.

Takkan sanggup nak membelanjakan duit dengan kerap pergi ke bakeri, bukan?

Anda sedang baca artikel yang betul! Oleh itu, jom kita tengok resipi mudah nak buat pelbagai jenis roti bun.

Resipi Mudah Roti Bun

  1.  Roti Kentang 
A picture containing food, wooden, bread

Description automatically generated

Bahan Doh:

  • 60gm ubi kentang |rebus & lecek
  • Sebiji telur
  • 50gm gula
  • 70gm air sejuk
  • 250gm tepung high protein/ tepung roti
  • 1 sudu kecil yis
  • Sedikit garam
  • 30gm marjerin

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bahan yang diatas mengikut turutan ke dalam bread maker atau mixer.
  2. Uli sampai elastik. Kemudian perap dalam 1 jam.
  3. Bahagikan adunan setiap doh 30gram x 16 biji. Bentukkan bulat dan susun dalam loyang berukuran 8 inci.
  4. Biarkan roti mengembang sehingga 2 kali ganda. Seterusnya pipe krim kastard diatas roti tadi.
  5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius selama 25 minit. Setelah siap bakar, sapukan marjerin cair di atas roti.

Krim Kastard

  • 100gram susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung kastard (campurkan sedikit air)

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga pekat.
  2. Seterusnya masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan sebentar.
  1. Roti Sosej
A picture containing sweet, vegetable

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar susu sejat
  • Garam secukupnya
  • ¾ cawan air suam
  • 2 ½ cawan tepung gandum

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bahan seperti yis, garam dan gula bersama dengan air suam.
  2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega.
  3. Uli sehingga menjadi doh. Jika masih melekat tambahkan tepung.
  4. Biarkan doh selama 45 minit. 
  5. Selepas itu buat bentuk yang kita mahukan dan bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.
  1. Roti Cheese
A picture containing food, indoor, flour

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis mauripan
  • 2 sudu besar margerin
  • 1 sudu teh garam

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan semua bahan yang ada dan putar di mixer selama 15 minit. 
  2. Biarkan doh berehat selama 10 minit didalam bekas tertutup. Kemudian keluarkan dan uli sebentar. Bentukkan rupa yang kita nak.
  3. Biarkan kembang 2 kali ganda dalam 30 ke 40 minit. Sapukan permukaan doh dengan susu segar
  4. Taburkan cheddar cheese yang diparut. Taburkan juga sedikit gula pasir ke seluruh permukaan.
  5. Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit atau sehingga keperangan.
  1. Roti Serunding
A picture containing food, dish, bread

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung roti
  • 150ml susu full cream
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 20gram vegetable shortening
  • Secubit garam

  Bahan sapuan diatas roti:

  • Mayonis
  • Susu pekat manis
  • Chicken floss (boleh dibeli di kedai bakeri atau buat sendiri)

Cara Penyediaanya:

  1. Campurkan air, gula dan yis. Biarkan sampai berbuih.
  2. Dalam bekas yang lain masukkan tepung, garam dan vegetable shortening kemudian masukkan campuran yis kedalamnya. Ulikan semuanya menjadi doh dan pastikan tidak melekat di jari.
  3. Rehatkan doh selama 45 minit sehingga 1 jam, sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
  4. Setelah itu, bahagikan doh dah bentukkan ikut sesuai selera. Kemudian rehatkan doh selama 15 minit.
  5. Sapukan kuning telur atau susu cair pada permukaan roti sebelum dibakar.
  6. Bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 180 darjah celsius. Waktu memasak mungkin berbeza ikut ketuhar yang digunakan.
  7. Selepas masak dan disejukkan sebentar. Campurkan sedikit susu pekat manis bersama dengan mayonis lalu disapu pada permukaan roti. Kemudian taburkan chicken floss diatasnya.
  1. Roti Kismis
A tray of cookies

Description automatically generated with low confidence

Bahan A:

  • 250ml air
  • 80 gram marjerin
  • Kismis

Bahan B:

  • 500gram tepung high protein
  • 30gram susu tepung
  • 80gram gula
  • 10gram ibu roti
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil garam

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan dan gaul rata semua bahan B. Masukkan air dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Masuk marjerin dan gaul sehingga adunan sebati. Kemudian masukkan kismis dan gaulkan kembali.
  3. Bahagikan adunan pada 100gram dan buatkan adunan mengikut citarasa sendiri.
  4. Perapkan sehingga saiz roti sekali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah celsius.
  5. Keluarkan dan sapukan marjerin pada roti yang sudah masak.
  1.  Roti Sarang Lebah
A bowl of soup

Description automatically generated with medium confidence

Bahan-bahan:

  • Bahan untuk doh roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil serbuk yis
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
  • ¼ cawan plain yogurt
  • ¼ cawan minyak jagung
  • ½ cawan air suam
  • Bahan untuk hiasan
  • 1 biji kuning telur dicampurkan 1 sudu kecil air, untuk disapu
  • Sedikit potongan almond
  • Bijan hitam
  • Biji labu atau biji bunga matahari
  • Bahan untuk sos butterscotch
  • 25gram butter 
  • ½ cawan gula perang 
  • ½ cawan whipping cream
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaannya:

  • Cara untuk roti
  1. Campurkan tepung gandum, yis, baking powder dan gula halus, gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Garam harus dimasukkan kemudian supaya yis tidak rosak.
  2. Letak yogurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sampai sebati. Uli selama 5 hingga 10 minit
  3. Jika menggunakan bread maker, ikut arahan yang disediakan.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang 2 kali ganda. Pastikan sebelum bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian tumbuk-tumbukkan doh supaya tiada udara tertinggal.
  5. Panaskan oven kepada 160 darjah celsius, bakar selama 20 hingga 25 minit. Tuang sos butterscotch sebelum dihidangkan.
  • Cara buat sos butterscotch:
  1. Panaskan mentega dan gula perang diatas api yang perlahan, kacau seketika. 
  2. Masukkan whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati.
  1. Roti Paung
A picture containing bread, food

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung high protein
  • 1 ¾ cawan susu full cream milk
  • ¾ cawan gula biasa
  • 11gram yis mauripan
  • 3 biji telur 
  • ½ cawan mentega yang dicairkan sekejap atas api

Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan susu segar, gula, yis, telur dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan mentega cair yang suam. Biarkan selama 10 minit dan adunan akan berbuih menandakan yis hidup dan sesuai.
  2. Masukkan adunan ini kedalam tepung dan gaul sebati menggunakan tangan. Selepas itu barulah masukkan ke dalam mixer atau uli guna tangan.
  3. Jika tiada mixer, uli doh sehingga tidak melekat ditangan. Buat bulat dan tutup dengan kain bersih.
  4. Rehatkan doh sehingga menjadi 2 kali ganda. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
  5. Sapukan mentega didalam loyang yang hendak digunakan. Tutup dengan kain bersih dan rehatkan lagi doh lebih kurang 30 minit.
  6. Setelah doh naik cantik, letakkan butter diatas doh. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 160-170 darjah celsius selama 20 minit. Selepas siap, sapukan mentega sekali lagi diatas roti.
  1. Roti Boy
A picture containing food, bread, snack food, meal

Description automatically generated

Bahan-bahan:

(12 ketul saiz sederhana)

  • Bahan filling
  • 50g mentega – suhu bilik
  • 50g cream cheese – suhu bilik
  • Sedikit esen vanilla
  • 50g gula perang
  • Bahan topping
  • 50g mentega
  • 40g gula icing
  • 1biji telur – dipukul sedikit
  • 1 ½ sudu besar kopi (espresso) – dibancuh 1 sudu besar air
  • 50g tepung gandum
  • Bahan doh roti
  • 250g tepung gandum/ tepung roti
  • 35g gula kastor
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 ½ sudu kecil yis kering
  • ½ biji telur
  • 135ml susu segar
  • 30g mentega

Cara Penyediaannya:

Filling:

  1. Masukkan mentega dan cream cheese ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan gula perang dan esen vanilla.
  3. Masuk ke dalam mangkuk kecil dan balutkannya. Letak didalam freezer supaya beku dan mudah proses memasukkan inti kedalam doh.

Topping:

  1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung gandum dan pukul sebati. Kemudian masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti:

  1. Masukkan susu segar, yis dan sedikit gula ke dalam cawan. Kacau dan biarkan 5 minit supaya yis aktif.
  2. Masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver ke dalam mixer.
  3. Selepas itu, masukkan sedikit tepung dan uli sampai dapatkan doh yang sempurna.
  4. Bahagikan doh mengikut citarasa sendiri. Letakkan baking paper sebelum letak doh, dan tutupkan dengan kain dan perap selama 10 minit.

Langkah seterusnya:

  1. Ambil doh yang diperap tadi dan inti yang berada didalam freezer.
  2. Ambil doh, leperkan dan masukkan inti kedalamnya.
  3. Tutup semula doh dengan kemas supaya inti tidak meleleh.
  4. Perap dah lapikkan kain selama 40-45 minit.
  5. Bila doh dah kembang, paipkan topping diatasnya.
  6. Masukkan doh yang telah siap ke dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 170 darjah celsius. Bakar selama 15-20 minit.

3 Kedai Bakeri Yang Sedap Area Damansara

  1. Kobo Bakery

Sebuah bakeri yang terletak di Dataran Ara Damansara. Menjual pelbagai jenis roti dan kek serta kopi untuk menyegarkan diri.

Urusan para pembeli mudah dengan apps khas untuk membuat pesanan makanan. Selain itu, tempatnya sesuai untuk melepak bersama kawan dan mengadakan mesyuarat.

  1. Thyme Bakery

Bertempat di Ara Damansara. Sebuah bakeri yang sangat selesa. Ada mural di dinding serta ruang membaca yang menjadi tarikan ramai. 

Disamping itu, disediakan juga set makanan yang berbaloi. Bakeri ini menyediakan roti yang segar setiap hari. 

Makanan disajikan dengan ‘portion’ yang besar, sangat puas untuk dimakan.  

  1. Ajwa Bakery

Kedai bakeri yang ditubuhkan pada tahun 2010. Mempunyai sijil JAKIM, dijamin halal. Terletak di Kota Damansara. 

Mempunyai pelbagai jenis kek dan saiz serta roti dan kudapan yang enak.

Dalam pada itu, menyediakan kek, roti, biskut dan roti yang segar setiap hari. Menambah selera pembeli serta dijual dengan harga yang sangat murah!

Kesimpulannya, mencari kedai bakeri yang mengikut citarasa serta halal adalah paling penting untuk umat Islam. 

Di Ajwa Bakery anda tak perlu ragu-ragu.

Semua produk dihasilkan secara teliti di Ajwa Bakery sendiri.

Ajwa Bakery bukan sahaja bercita-cita untuk menawarkan kepada pelanggan produk yang halal malah mementingkan penghasilan yang berkualiti, bersih lagi suci.

Jom Beli Roti Bun di Ajwa Bakery!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.