Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga semasa cuti sekolah ini. Salah satunya adalah mempelajari resepi baru seperti brownies kedut!
Brownies kedut ini merupakan sejenis kek bantat yang kaya dengan rasa coklat serta mudah untuk dimasak di rumah bersama anak-anak anda.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa manfaat aktiviti memasak ketika cuti sekolah bersama keluarga serta resepi brownies yang menggunakan air fryer.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Aktiviti memasak cuti sekolah bersama keluarga.
Di bahagian ini, kami akan menerangkan 7 manfaat memasak bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah ini.
1. Memasak pelbagai jenis juadah
Aktiviti pertama yang anda boleh lakukan di rumah ialah memasak pelbagai juadah.
Anda boleh menyediakan jadual waktu bagi aktiviti ini supaya anak-anak dapat mempelajari sesuatu masakan secara terperinci.
Sebagai contoh, anda boleh membuat juadah bertemakan masakan western. Pada minggu seterusnya pula anda boleh memasak makanan tradisional melayu pula.
Jika jadual waktu ini diikuti dengan rapi, anda tentunya akan menyediakan pelbagai jenis masakan yang baharu daripada budaya dan negara-negara lain.
2. Mengasah kemahiran matematik anak anda
Selain daripada belajar matematik melalui latihan dan buku, anak-anak juga dapat mengasah kemahiran matematik mereka melalui aktiviti memasak.
Hal ini kerana asas kemahiran matemik juga diterapkan dalam proses memasak seperti mengira sukatan bahan, memantau jam serta memotong mengikut saiz dan ketebalan sesuatu bahan.
Dengan memasak, anak-anak dapat mempraktikkan pengetahuan matematik mereka di rumah sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
3. Mengukuhkan ikatan kekeluargaan
Memasak bersama dapat memupuk nilai kerjasama, toleransi, kesabaran dan kasih sayang antara ahli keluarga. Nilai-nilai ini secara tidak langsung akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Apabila memasak bersama anak-anak, ibu bapa patut berikan pujian bagi masakan mereka.
Perkara ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk selalu melakukan aktiviti ini serta meluangkan masa bersama ibu-bapa di rumah.
4. Mendidik anak-anak tentang diet pemakanan yang betul
Melakukan aktiviti memasak di rumah bersama anak-anak dapat mendidik mereka tentang diet pemakanan yang sihat dan berkhasiat.
Menurut sebuah tinjauan yang dibuat pada tahun 2015, 47.7 peratus rakyat malaysia mempunyai paras kolesterol tinggi dan masalah ini berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat.
Melalui aktiviti memasak, ibu-bapa boleh mendidik anak-anak tentang makanan-makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan mereka.
5. Memasak merupakan sebuah kemahiran
Setiap orang perlu mempunyai kemahiran memasak kerana ia merupakan kemahiran hidup yang penting, terutamanya apabila sudah dewasa.
Kemahiran memasak juga boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional di masa hadapan jika ia diasah dari kecil lagi.
Dengan mengamalkan aktiviti memasak bersama anak-anak, ia akan mendorong minat mereka terhadap memasak serta dapat menyediakan mereka dengan kemahiran yang sangat berguna.
6. Mendidik anak-anak untuk berdikari
Melakukan aktiviti memasak bersama anak-anak juga dapat melatih mereka untuk berdikari dan membuat pilihan dengan sendiri.
Ibu bapa boleh mendorong anak-anak untuk memilih bahan-bahan masakan dan membiarkan mereka menilai khasiat dan kesesuaian bahan tersebut.
Apabila mereka mampu buat demikian, lama-lama mereka boleh memasak dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan daripada ibu bapa.
7. Pendidikan menyeluruh
Sama seperti usaha mencapai kejayaan, memasak juga dapat menerapkan nilai ke dalam diri anak-anak. Ia memerlukan beberapa persediaan awal bagi mencapai hasil yang dikehendaki.
Anak-anak perlu tahu bahan-bahan masakan yang diperlukan, kaedah pelaksaannya, peralatan memasak yang betul serta hasil masakan yang perlu dicapai.
Melalui memasak, mereka akan memahami bahawa kejayaan boleh dicapai melalui proses yang teliti. Tentunya, memasak dapat mendidik anak-anak tentang nilai berusaha demi kejayaan.
Resepi buat brownies kedut
Di bahagian ini, kami akan kongsikan resepi brownies kedut yang mudah menggunakan air fryer!
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk adunan loyang 6” adalah:
- Bahan A
- 1 biji telur gred A
- 75gm gula kastor (campur dengan gula perang untuk rasa fudgy)
- Bahan B
- 1/2 tbsp nescafe
- 13gm serbuk koko
- 43gm pure salted butter
- 85gm dark choc Beryls coin
- Bahan C
- 1/2 tbsp serbuk penarik
- 50gm tepung gandum
Cara-cara membuatnya adalah:
- Satukan bahan A dan ketepikan.
- Double boil bahan B dan masukkan bahan A setelah adunan bahan B masih panas dan kacau sehingga rata.
- Masukkan bahan C kedalam adunan coklat tadi dan kacau sehingga rata (tak perlu pakai mixer, kacau sekadar adunan bercampur sekata). Masukkan dalam loyang.
- Panaskan air fryer 10min / suhu 200 dan turunkan suhu pada 140 dan bakar selama 30 minit.
- Apabila brownies sudah siap dibakar, letak hiasan diatas brownies supaya nampak lebih menarik!
Kesimpulannya, mempelajari membuat brownies kedut merupakan satu aktiviti yang sangat menarik dan bermanfaat yang anda boleh lakukan di rumah bersama keluarga.
Jika anda mencari servis surprise delivery di Malaysia, anda boleh memilih Ajwa Bakery!
Kami merupakan kedai bakery yang telah beroperasi dari tahun 2010 di Kota Damansara
Anda tidak perlu risau dengan produk kami kerana kami diiktiraf halal oleh Jakim dan menggunakan proses tayyiban untuk operasi kami!