7 Kedai Roti Sedap dan Berpatutan Sekitar Petaling Jaya

kedai roti

Adakah anda tinggal di sekitar Petaling Jaya dan gemar memakan roti, pastri, dan kek? Jika ya, kami akan kongsikan kepada anda 7 kedai roti yang berpatutan di sekitar kawasan tersebut. 

Sebagai peminat makanan “ringan” ini, pasti kita selalu membuat carian di Google untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Mana tidaknya, adakala kita ingin sesuatu yang manis dan fluffy seperti roti, pastri dan kek. Dengan memakan manisan seperti ini, mood kita akan menjadi lebih ceria dan bersemangat. 

Oleh itu, kami akan bawakan kepada anda 7 kedai roti yang menawarkan menu yang menarik dan sedap di sekitar kawasan Petaling Jaya. 

Teruskan membaca, ya. 

7 Kedai Roti Di Petaling Jaya 

Tanpa berlengah lagi, kami akan kongsikan 7 kedai roti yang patut anda lawat. 

Berikut merupakan cadangan kami: 

  1. Kedai Roti Universal 

Cadangan kami yang pertama ialah Kedai Roti Universal. Jangan terpedaya dengan “penampilan” luaran kedai bakeri ini. 

Ini disebabkan apabila anda membuka pintu, anda akan “dijemput” oleh bau roti dan pastri yang sedang dibakar. 

Kedai roti Universal menyajikan pelanggan mereka dengan pelbagai pilihan roti dan pastri. 

Jika anda ingin melawati kedai roti ini, anda boleh mencuba hot selling mereka iaitu sourdough. 

Rasanya yang enak dan segar ini pasti akan membuka selera anda. 

Tambah lagi, dengan atmosfera kedai itu yang amat tenang pasti anda terasa ingin pergi buat kali kedua! 

Lokasi: 21, Jalan SS20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

  1. Dou Dou Bake

Kedai Dou Dou Bake berkonsepkan moden dan minimalis yang sentiasa menjadi tumpuan ramai pelanggan. 

Kedai ini amat terkenal dengan sajian sarapan pagi mereka yang ala-ala British Big Breakfast dan pastri yang sangat unik.

Selain itu, kedai ini berada di kawasan yang tenang dan tidak terlalu sibuk, jadi anda boleh menikmati secawan kopi signature mereka sambil melayan perasaan. 

Lokasi: 38, Jalan SS 4c/5, Taman Rasa Sayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 

  1. Flakes (The Hub SS2)

Cadangan ketiga kami ialah The Flakes. Ia merupakan salah satu bakeri di kawasan Petaling Jaya yang anda tidak boleh terlepas pandang. 

Flakes sangat terkenal dengan hidangan croissant gebu yang dibakar dengan tepung dan mentega Perancis. Cara ini memberikannya tekstur dan rasa yang tiada tandingan. 

Anda juga boleh mendapatkan croissant popular ini dengan pelbagai variasi dan makanan sampingan. 

The Flakes sudah mula beroperasi sejak 2019 dan lokasinya adalah seperti berikut: 

B-G-06, The Hub SS2, 19 Sentral, Jalan Harapan, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor. 

  1. Bake Plan 

Terletak di kawasan hotspot SS2 yang sibuk, Bake Plan menawarkan pelbagai jenis roti, kek dan pastri. 

Kalau anda singgah ke kedai ni mesti dapat rasa vibes ala-ala di Jepun. 

Anda dapat lihat roti yang baru dibakar akan memenuhi bakul dan dulang sedia untuk diambil oleh pelanggan. 

Bahagian kek di kedai ini juga merupakan salah satu tarikan buat pelanggan. 

Anda pasti akan terliur melihat kek mereka yang berkilat dan elegan yang dipaparkan di dalam peti sejuk. 

Lokasi: 36, Jalan SS2/61, SS2, 47300, Petaling Jaya, Selangor.

  1. Christine’s Bakery 

Kebanyakan penduduk tempatan masih baru dengan roti bagel tetapi sekiranya anda ke Christine’s Bakery, kami percaya anda akan jatuh cinta. 

Kedai ini popular dengan bagel yang mereka gulung sendiri. Anda boleh menikmati bagel mereka dengan pelbagai jenis kombinasi protein, sayuran dan sos. 

Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperti sourdough pizza, pasta dan juga sarapan pagi yang ditawarkan kepada pelanggan mereka. 

Anda boleh kunjungi Christine’s Bakery di Sunway Geo, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

  1. Hazukido

Kalau anda penggemar tegar croissants, Hazukido ini mungkin menjadi kedai kegemaran anda. 

Kedai ini merupakan kedai roti premium yang khusus dalam pembuatan croissant seperti gaya Jepun. 

Roti croissant di sini mempunyai pelbagai isi inti dan topping yang unik seperti strawberry, salted egg yolk, pudding, durian custard, dan banyak lagi! 

Berita gembira buat pembaca kami, Hazukido mempunyai lebih dari satu cawangan! 

Bagi penduduk Petaling Jaya, anda boleh kunjungi cawangan mereka di Sunway Pyramid dan SS15

Manakala, penduduk Kuala Lumpur pula boleh melawat kedai roti mereka di KLCC.

  1. Ajwa Bakery 

Sebuah bakeri yang dijamin Halal yang terletak di kawasan hotspot di Kota Damansara. 

Kami menyajikan pelanggan dengan roti dan kek handmade dan dibakar setiap hari. 

Terdapat pelbagai pilihan menu buat semua lapisan masyarakat; dari kanak-kanak hinggalah yang dewasa. 

Kedai kami sering menjadi pilihan untuk majlis istimewa atau majlis keramaian. Bagi pelanggan yang kunjungi kedai ini pasti akan rambang mata dengan pilihan jenis kek-kek cantik. 

Malah, anda juga boleh membuat tempahan untuk corak kek yang anda mahukan. 

Kepada yang mencari hadiah atau kek untuk yang tersayang, disinilah tempatnya!

Berita gembira, mereka juga boleh didapati melalui online! 

Klik di sini untuk memulakan order dan melihat pelbagai jenis kek dan pastri yang menarik dan sedap. 

Disamping itu, semua makanan dan minuman yang disediakan sangat mampu milik dan berpatutan. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Kunjungi kedai bakeri kami di 15-G, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Walaupun kami hanya sempat untuk kongsikan 7 cadangan kedai roti yang sedap dan berpatutan di dalam artikel ini, senarai ini menyajikan roti, pastri, dan kek yang gebu dan segar pada setiap hari. 

Anda pasti akan berpuas-hati bukan hanya pada harga, malah pada setiap suapan roti, pastri dan kek ke dalam mulut. 

Untuk mereka yang ingin dapatkan roti, pastri, dan kek di Ajwa Bakery, anda boleh menekan pautan di bawah ini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. 

Dapatkan Maklumat Ajwa Bakery Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.