Hari Pertunangan Dah Dekat? Jom Tengok 3 Pilihan Kek Tunang Di Sini!

Kek tunang merupakan salah satu hantaran yang sering dihadiahkan ketika majlis pertunangan kerana ia mudah didapati dan boleh dihiasi dengan cantik. 

Hari pertunangan merupakan hari yang sangat istimewa bagi pasangan yang bakal berkahwin. 

Pertukaran hadiah ini penting kerana ia merupakan adat masyarakat melayu dan adalah simbol sebuah perjanjian antara pasangan tersebut untuk menjadi suami isteri. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan beberapa persediaan bertunang serta 3 pilihan dan juga tips untuk memilih kek yang terbaik bagi majlis pertunangan anda.

Persediaan Sebelum Bertunang

Terdapat beberapa persiapan yang perlu dibuat oleh kedua-dua pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung.

  1. Tarikh, waktu, lokasi, warna tema

Perkara pertama yang perlu ditetapkan untuk mengadakan majlis pertunangan adalah tarikh, waktu, lokasi dan warna tema majlis. 

Perkara seperti ini perlu ditetapkan awal bagi mengelakkan masalah timbul pada hari majlis tersebut.

  1. Hantaran

Wang hantaran dan pertukaran dulang juga merupakan satu perkara yang amat penting dalam majlis pertunangan.

Kedua-dua pihak keluarga perlu berbincang dengan elok perkara ini supaya tidak berlaku pergaduhan antara satu sama lain.

  1. Wakil keluarga

Wakil keluarga juga perlu dilantik dengan betul untuk memudahkan majlis berlangsung kerana mereka yang akan berkomunikasi dan berbincang antara kedua-dua pihak.

Oleh itu, ahli keluarga yang dipilih untuk menjadi wakil perlu berpengalaman supaya sesi perbincangan berjalan dengan lancar.

  1. Solekan dan jurugambar

Setiap majlis pertunangan memerlukan juru solek dan juru gambar yang bagus dan berpengalaman dalam bidang mereka.

Juru solek yang dipilih dengan baik dapat menghasilkan make up yang cantik dan bersesuaian dengan cita rasa pihak perempuan.

Juru gambar yang efisien juga dapat menghasilkan gambar majlis yang berkualiti untuk disimpan di dalam album.

  1. Jamuan makan

Jamuan makanan juga biasa diadakan selepas majlis pertunangan berlangsung, sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan.

Anda boleh memilih untuk menempah katering atau memasak jamuan tersebut sendiri, mengikut kemampuan anda.

5 Tips Memilih Kek Tunang

  1. Bajet anda 

Harga kek bergantung kepada desain dan juga saiz yang dipilih. Kek yang besar dan dihias dengan desain yang kompleks akan lebih mahal berbanding yang kecil dan sederhana.

Harga sebuah kek juga berbeza mengikut ‘Cake Artist’. Cake artist yang ternama akan caj anda dengan lebih mahal untuk kepakaran serta hasil seni mereka.

Oleh itu, anda perlu memilih desain dan saiz kek dengan betul bagi memastikan harga kek tersebut di dalam lingkungan bajet anda.

  1. Pastikan kek cukup 

Saiz kek anda memainkan peranan yang penting bagi memastikan ia mencukupi untuk dijamu kepada semua tetamu yang hadir.

Kek yang lebih besar akan dapat menjamu lebih tetamu namun perkara ini terserah kepada pihak pengantin jika mereka ingin saiz yang besar atau kecil serta bergantung kepada bajet mereka.

Jika anda tidak pasti tentang saiz kek pertunangan anda, anda boleh merujuk kepada ‘bakers’ anda dan meminta pendapat mereka.

  1. Selidik dulu kedai kek yang bakal anda tempah

Kek yang ditempah haruslah daripada baker dan bakery yang boleh dipercayai bagi mengelakkan sebarang kekecewaan atau penipuan. 

Hal ini kerana terdapat banyak kes di mana kek yang ditempah diterima dalam keadaan yang rosak, tidak serupa seperti yang diiklankan atau tidak sampai kepada pembeli pada hari majlis.

Antara langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil sebelum menempah kek dari baker pilihan anda adalah dengan membaca testimoni dan review pelanggan bakery tersebut.

  1. Tema dan desain kek

Tema dan desain kek juga merupakan aspek yang penting dalam memilih kek bagi majlis pertunangan. Kek yang tidak sesuai dengan tema tidak akan nampak cantik di mata tetamu. 

Anda boleh berbincang dengan bakers anda bagi memastikan tema dan desain kek bersesuaian dengan majlis pertunangan anda. 

  1. Perisa kek

Selain daripada rupa luarannya, kek yang dipilih hendaklah sedap dimakan juga. Oleh itu, anda perlu memilih perisa kek yang terbaik dan bersesuaian dengan cita rasa semua orang.

Terdapat beberapa perisa kek yang popular, antaranya ialah:

  • Chocolate
  • Lemon
  • Victoria sandwich 
  • Carrot
  • Vanilla
  • Red Velvet

Kek yang ditempah juga boleh dihiaskan dengan pelbagai perisa frosting dan filling seperti peanut butter, cream cheese, chocolate ganache dan sebagainya.

Pilihan Kek Tunang Di Ajwa Bakery!

  1. Hantaran Cake A1

Kek yang pertama adalah kek Ajwa Bakery iaitu Hantaran Cake A1. Kek ini berharga 65 ringgit dan merupakan kek jenis buttercream.

Kek ini diselaputi dengan frosting buttercream berwarna putih serta dihiasi dengan corak bunga mawar menggunakan frosting buttercream berwarna merah jambu dan taburan gula.

Bagi mereka yang suka corak bunga, kek ini merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi mereka.

  1. Hantaran Cake A2

Kek kedua yang kami cadangkan kepada anda untuk dijadikan hantaran pertunangan adalah kek bertemakan seperti ‘Korean Lunch Box cake’.

Bahagian tepi kek ini mempunyai corak minimalis ‘Korean Lunch Box cake’ yang popular dan berwarna merah dan merah jambu.

Kek ini juga berharga 65 ringgit dan dihias dengan topping bunga dan macarons yang disusun di atas frosting buttercream putih dengan cantik!

  1. Hantaran Cake A3

Kek terakhir yang anda boleh menempah sebagai hantaran tunang adalah kek yang mempunyai tema warna kuning yang juga berharga 65 ringgit.

Kek ini dihiasi dengan toppping biksut wafer, bunga dan macaron. Terdapat juga cake topper yang diletakkan di tengah-tengah kek yang bertemakan ‘love’ serta berwarna emas.

Kek tunang ini juga diselaputi dengan frosting buttercream berwarna putih dan kuning. Kek ini sesuai bagi mereka yang mempunyai tema warna kuning bagi majlis pertunangan mereka.

Kesimpulannya, kek tunang merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap majlis pertunangan.

Jika anda mencari servis surprise delivery di Malaysia, anda boleh memilih Ajwa Bakery!

Kami merupakan kedai bakery yang telah beroperasi dari tahun 2010 di Kota Damansara

Anda tidak perlu risau dengan produk kami kerana kami diiktiraf halal oleh Jakim dan menggunakan proses tayyiban untuk operasi kami!

Jom Beli Kek Tunang Di Ajwa Bakery!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.