Kek Hantaran: Kedai Bakeri Di Sekitar Kuala Lumpur

Rancangan perkahwinan memerlukan persiapan yang rapi bermula daripada baju persandingan sehingga kek hantaran.

Untuk memastikan hasrat memiliki kek impian tercapai, pemilihan kek perlu ada perancangan awal. 

Tambahan pula, acara potong kek adalah waktu kemuncak yang dinantikan oleh para tetamu.

Jika anda sedang mencari kek hantaran, artikel ini ditujukan kepada anda.

Artikel ini berkongsi tentang kedai bakeri di Kuala Lumpur serta tips memilih kek hantaran untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat bagi kelengkapan majlis besar anda.

Tips Memilih Kek Hantaran

1. Design kek

Antara design kek yang selalu menjadi pilihan popular para pengantin adalah kek bertingkat atau dipanggil cake tiers

Namun begitu, tahukah anda bahawa kek yang jenis bertiang atau stand adalah lebih mudah dipotong berbanding kek bertingkat?

Ini kerana apabila kek bertiang bahagian atas dipotong, ia tidak akan mengganggu kek pada bahagian bawah. Jadi, potongan kek pun akan kelihatan kemas.

Kek tiers pula lebih senang untuk comot apabila dipotong. Pasti anda tidak ingin insiden comot berlaku pada hari bahagia anda, bukan?

Selain itu, kek bertiang juga lebih mudah untuk dibawa, lebih-lebih lagi apabila majlis berada di tempat yang jauh.

2. Jenis krim kek

Kini lebih ramai yang memilih tema kek yang ringkas tapi masih nampak anggun. Jadi, icing buttercream merupakan pilihan utama untuk menghiasi kek pilihan.

Selain harga icing buttercream yang lebih murah, ia juga tidak mudah cair. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau kek berada dalam tempoh lama sepanjang majlis berlangsung. Pasti kek anda terjaga cantik sehingga berlangsung acara pemotongan kek.

3. Jenis kek

Sudah pasti anda bukan sahaja mahukan kek yang sedap mata memandang, tetapi rasa kek juga penting dalam pemilihan kek.

Untuk mengelakkan kek mudah cair, elakkan memilih kek-kek continental yang menggunakan cream cheese, coklat ganache dan sebagainya. Harga kek jenis ini juga adalah jauh lebih mahal.

Pilihan yang paling sesuai adalah seperti kek span yang terdapat filling menarik seperti buah-buahan dan coklat moist. 

Antara kek yang seringkali menjadi pilihan adalah kek red velvet, coklat, lobak merah, vanilla dan banyak lagi.

Terdapat ramai pembuat kek yang berbesar hati menawarkan perkhidmatan cake tasting. Jadi, anda boleh rasa terlebih dahulu kesedapan kek yang mana sebagai pilihan.

4.       Warna Tema

Pemilihan kek yang cantik dan simple biasanya mempunyai warna tidak lebih daripada tiga warna. Cadangan warna yang sesuai adalah warna yang kontra dengan baju pengantin.

Paling penting sekali anda perlu berbincang dengan baker supaya memudahkan urusan persiapan kek seterusnya hasilnya akan membuatkan anda berpuas hati. 

Jangan risau, terdapat banyak baker professional di Malaysia ini yang boleh menjadi pilihan untuk membuat kek hantaran anda. 

Contohnya seperti di Ajwa Bakery Mereka sedia membantu anda mendapatkan kek hantaran yang memenuhi cita rasa.

Senarai Bakeri di Kawasan Lembah Klang

  1. Ajwa Bakery

Bagi mereka yang tinggal berhampiran Kota Damansara, Ajwa Bakery pasti menjadi pilihan utama. Ajwa Bakery sememangnya tidak asing lagi dalam membantu pelanggan mencipta kek impian.

Sama ada anda ingin sesuatu yang ringkas dengan warna yang minimal atau yang complex dengan hiasan bunga, tiada apa yang mustahil di Ajwa Bakeri.

Dengan hasil kek yang diperbuat daripada bahan-bahan premium dan direka dengan penuh ketelitian, pasti anda sudah bersedia untuk majlis perkahwinan yang paling romantis.

  1. Gateauxlicious

Gateauxlicious dimiliki oleh Jay dan Asma, pasangan ibu dan anak perempuannya.

Bakeri ini mampu menarik perhatian anda dengan menawarkan reka bentuk kek perkahwinan yang direka cantik dan unik.

  1. Bread and Butter by Erin

Jika anda seorang penggemar kek yang menggemari gabungan reka bentuk bertemakan tradisional, Bread and Butter by Erin adalah bakeri yang sesuai untuk anda.

Diasaskan oleh pembuat roti Malaysia, Erin Redza amat teliti dalam mengutamakan perincian terkecil apabila reka cipta bentuk pada setiap kek. 

  1. The Sweet Spot

Lim Swee San merupakan artis kek Malaysia yang boleh mencipta kek buatan sendiri untuk pelbagai majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, ulang tahun dan Hari Ibu.

Antara kek terlaris yang menjadi pilihan utama orang ramai adalah salted chocolate caramel cake.

  1. Jaslyn Cakes, Bangsar

Jika anda merupakan peminat makanan organik, ini adalah tempat anda! Daripada kek, pastri hinggalah minuman, Jasslyn Cakes menawarkan menu yang diperbuat daripada ramuan semulajadi.

Terletak di tengah-tengah Bangsar dan Mont Kiara, Jaslyn Cakes mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tidak hairanlah bakeri ini merupakan antara penggemar makanan dan penagih gula di sekitar KL.

Jadi, anda telah fahami tips memilih kek hantaran serta senarai bakeri yang berdekatan anda. 

Sekarang, keputusan pemilihan kek bergantung kepada apa yang anda mahu!

Bagi mereka yang tidak dapat mengunjungi kedai bakeri, jangan risau anda masih boleh membeli kek secara online dan akan dihantar ke depan pintu rumah dengan selamat.

Antara website yang boleh anda layari adalah https://ajwabakery.my/.

Selain daripada menghasilkan dekorasi reka bentuk kek perkahwinan yang menakjubkan, bakeri ini juga menawarkan pelbagai perisa kek yang lazat beserta harga yang mampu milik.

Bukan sahaja kek, Ajwa Bakery juga menawarkan pelbagai jamuan manisan lain seperti roti, pastri, cupcake, brownies dan dessert yang sedap.

Ajwa Bakery telah mendapat pengesahan JAKIM. Jadi anda tidak perlu risau kerana semua bahan yang digunakan adalah diyakini halal dan toyyiban.

Apa tunggu lagi, jom membuat tempahan kek hantaran di Ajwa Bakery.

Hubungi Ajwa Bakery Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.