Anda Pun Boleh Buat Cheese Tart! Ikuti Resepi Mudah Ini

Cheese tart sering menjadi pencuci mulut pilihan mereka yang mengadakan kenduri atau majlis tertentu.

Rasanya yang masam manis dan berlemak secukup rasa membuatkannya antara kuih yang enak dimakan.

Bukan itu sahaja, ia sangat mudah dan pantas untuk disiapkan.

Anda pun boleh buat sekarang dengan bahan-bahan di rumah, jom tengok resepi ni!

Resepi Buat Cheese Tart

Selain bahan-bahan yang akan kami senaraikan sebentar lagi, anda juga perlu memiliki kesabaran dan ketenangan ketika membuat pastri kegemaran ramai ini. 

Resepi cheese tart ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Resepi shell cheese tart

Bahan-bahan utama adalah:

  • 250g mentega
  • Sebiji kuning telur
  • 100g gula kastor
  • Satu sudu besar esen vanila
  • Susu pekat.

Sikit je kan bahan untuk buat shell tart? Mari kita lihat cara penyediaanya pula.

Mula-mula sekali, kacau semua bahan berikut dalam sebuah mangkuk besar dengan senduk dan pastikan ia sebati. 

Selepas adunan telah sebati, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dalam lingkungan 450-500g. 

Kemudian, tambahkan 2 sudu besar air sejuk supaya doh tidak melekat di tangan. 

Setelah selesai, simpan doh sebentar dalam peti sejuk selama 10 minit.

Setelah 10 minit berlalu, keluarkan doh dari peti sejuk dan masukkan adunan dalam acuan untuk tart keju dan kemaskan lebihan doh pada tepi acuan.

Cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 150° selama 20 minit ataupun jika tampak kekuningan. 

  • Resepi adunan cheese 

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat adunan cheese adalah:

  • 500g cream cheese
  • 30g mentega
  • 100g gula kastor

Bahan-bahan yang lain termasuk:

1 biji telur gred A

1 sudu besar esen vanila

20 gram non-dairy whipping cream.

Pertama sekali, anda perlu putar cheese dengan mixer pada medium speed sehingga cheese tidak berketul.

Kemudian masukkan mentega dan putar lagi buat sementara waktu.

Setelah beberapa minit, masukkan pula gula kastor dan putar sehingga gula menjadi sebati dengan mentega dan cheese tadi.

Masukkan pula telur dan putar untuk beberapa minit sebelum anda tambahkan esen vanila.

Sekali lagi, pastikan sebatian cheese, mentega, gula kastor dan juga telur anda adalah sebati sebelum berinjak ke langkah seterusnya.

Akhir sekali, masukkan non-dairy whipping cream dan putar lagi dan lagi.

Sementara itu anda boleh juga terus mengisi filling kedalam shell yang telah siap dibakar tadi mengikut perasa kesukaan anda.

Anda boleh letak filling sama ada strawberi, blueberry, nutella ataupun kiwi, terpulang mengikut selera anda. 

Masukkan adunan cheese yang telah sebati tadi ke dalam beg piping.

Potong hujung beg piping sebelum memicitnya secara menaik.

Kemudian, bakar tart anda tadi pada suhu 150° selama 20 minit.

Ting! Dah siap!

Beli Cheese Tart Di Ajwa Bakery

Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan jadual anda sentiasa padat, anda boleh juga dapatkan cheese tart di Ajwa Bakery.

Ada pelbagai jenis cheese tart yang sedap-sedap di Ajwa Bakery, antaranya:

  • Blueberry cheese tart

Wahh nampak sedap sungguh! 

Dengan harga RM 4.50 anda boleh dapatkan satu tart keju hampir sebesar tapak tangan dengan berat 75g.

Tahan lama pun ya, janji anda simpan dalam peti sejuk selama 14 hari. 

  • Cheese tart mini 10

Tart keju mini yang comel ini hanya berharga RM 10.

Harga yang agak berbaloi untuk satu bekas berisi sepuluh ketul cheese tart. 

Tambahan pula, ia tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk selama 14 hari.

  • Cheese tart 25 pcs

Pilihan ini juga amat berbaloi kerana dalam satu bekas terdapat 25 ketul cheese tart mini.

Ada pelbagai jenis filling dan perisa dalam satu bekas, jadi, menyajikan kepelbagaian yang menyelerakan khas untuk anda.

Yang paling menarik sekali, 25 ketul cheese tart mini ini anda boleh dapatkan hanya pada RM 20, best kan?

Mudah kan cara-cara nak buat pastri manis ini sebenarnya?

Sangat mudah! Ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil juga boleh mengajak mereka membuatnya sekali.

Aktiviti sebegini sekaligus dapat menguatkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, ia dapat menguatkan skil-skil tertentu dalam kanak-kanak agar mereka dapat membesar dengan lebih baik.

Jika anda tidak sempat untuk membuat cheese tart sendiri pun tidak mengapa dan jangan risau! 

Anda sudah ada resipi dalam tangan dan anda juga sudah tahu dimana anda boleh dapatkan cheese tart yang sedap-sedap!

Tempah sahaja di Ajwa Bakery, anda mesti akan berpuas hati!

Ditubuhkan pada tahun 2010, Ajwa Bakery merupakan sebuah kedai kek dan roti yang terletak di Kota Damansara.

Dilengkapi dengan sijil halal JAKIM, Ajwa Bakery menyajikan roti dan kek segar setiap hari.

Selain menyediakan pelbagai jenis roti dan kek serta pencuci mulut yang enak, semua produk dihasilkan secara teliti di Ajwa Bakery sendiri.

Ajwa bercita-cita untuk menyediakan pelanggan bukan sahaja produk yang halal, malah, dari segi proses penghasilan yang bersih dan in shaa Allah, tayyiban.

Jom beli cheese tart di Ajwa Bakery!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.