8 Kedai Kek & Bakeri Yang Menarik di Lembah Klang (No.4 paling murah!) 

Buat anda peminat tegar manis-manisan, anda mesti mencari kedai kek yang terkenal dan berdekatan dengan anda. 

Kedai pastri dan kek semakin mendapat perhatian dan pilihan mereka yang ingin berniaga meski ketika Covid-19.

Namun begitu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang pembuatan roti atau pastri juga sangat penting bagi menarik minat pelanggan untuk hadir makan di premis.  

Lembah Klang yang terdiri daripada Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan. 

Baik daripada segi tarikan pelancongan serta tempat makan, semuanya menarik dan pelbagai. Tidak hairanlah Lembah Klang sentiasa dibanjiri oleh pelancong luar negara mahupun dalam negara. 

Ini termasuklah dengan kepelbagaian kedai kek yang berada disekitarnya. 

Dalam artikel ini kami berkongsi Kedai Kek & Bakeri yang menarik di Lembah Klang untuk peminat bakeri seperti anda! Jom teruskan bacaan.

8 Kedai Kek & Bakeri di Lembah Klang

  1. Kenny Hills Bakers 

Dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Juga tersedia untuk makan di premis atau secara pembungkusan serta boleh ditempah secara atas talian. 

Ada beberapa cawangan boleh dikunjungi antaranya di Ampang, Bukit Tunku, Desa Park City, Bangsar Shopping Centre (Kiosk) dan TTDI.  

Selain itu, mereka juga menyajikan makanan panas terdiri daripada sandwich, pizza yang dibakar oleh kayu, salad, pasta dan nasi lemak kegemaran orang Malaysia. 

  1. Jaslyn Cake 

Buat peminat makanan organik, ada berita baik untuk anda! Bakeri Jaslyn Cake ini menawarkan menu yang diperbuat daripada ramuan semula jadi, daripada kek sehinggalah minuman. 

Jika anda ada majlis atau keraian tertentu boleh membuat tempahan kek dengan mereka. Harga yang ditawarkan oleh mereka juga sangat berpatutan. 

Kedai ini beroperasi di Telawi, Bangsar dan Mont Kiara sahaja. Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 7 petang pada hari Selasa hingga Jumaat, manakala 11 pagi hingga 8 malam pada hujung minggu.  

A table full of desserts

Description automatically generated with low confidence
  1. Gula Cakery 

Pengasasnya yang bernama Arieni memulakan perniagaan dari rumah. Beliau mula membuat kek sejak remaja dengan mengikut resepi daripada nenek beliau. 

Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengenai masakan kepada komuniti. Pada awalnya dikenali sebagai Gula Mummy. 

Namun selepas 2 tahun kemudian mereka menukar nama kepada Gula Cakery dan dikenali sejak September 2015.

Mereka menjual pelbagai pencuci mulut yang menggiurkan. Kini Gula Cakery sudah melebarkan sayap dibeberapa tempat iaitu di Kota Kemuning, KL East Mall, Tropicana Gardens Mall, IOI City Mall, Eco Ardence, Setia Alam dan Eco Grandeur, Puncak Alam. 

A cake with strawberries on top

Description automatically generated with low confidence
  1. Ajwa Bakery 

Sebuah bakeri yang dijamin halal yang terletak di Kota Damansara. Setiap hari membuat dan membakar kek yang segar. 

Terdapat pelbagai menu menarik di kedainya seperti kek untuk kanak-kanak hingga ke dewasa, roti, kerepek, minuman serta bouquet bagi majlis dan keraian yang penting. 

Disamping itu, semua makanan dan minuman yang disediakan sangat mampu milik dan berpatutan. Ajwa Bakery juga sangat mementingkan kualiti untuk kepuasan pelanggan.

Kepada yang last minute mencari hadiah serta kek untuk kesayangan, disinilah tempatnya. Staf mereka juga sangat ramah. Yang menariknya dekorasi corak di kek mereka comel-comel belaka! 

A group of cupcakes with frosting and flowers on top

Description automatically generated with medium confidence
  1. Erni and Tina 

Nama yang sangat unik, bukan? Nama perniagaan ini diambil terus dari nama pengasas. Berinspirasikan dari kafe luar negara yang mengetengahkan konsep ringkas, selesa dan diingati. 

Bertempat di Cheras, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga 8 malam. 

Pelbagai jenis menu disediakan, daripada segala macam jenis kek, pastri, pasta, mee, nasi serta minuman berkafein. Boleh menjamu selera dikedai mahupun tempahan melalui online. 

A picture containing text, plate, flower

Description automatically generated
  1. Baker’s Cottage 

Sememangnya jenama ini sangat popular dan mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia. Mereka ada cawangan di Negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kedah Penang, Johor dan Kuala Lumpur.

Disamping itu, Baker’s Cottage bukan sahaja menjual kek, tapi pelbagai menu yang menarik sebagai contoh segala macam jenis pastri, snek, kek bulan serta ayam panggang yang diminati ramai. 

Semua makanan dijual dengan harga yang sangat mampu milik. 

A picture containing chocolate, indoor, decorated

Description automatically generated
  1. Souka Bakeshop 

Jika anda penggemar kek klasik dan pastri, anda pasti akan meminati kedai kek yang bernama Souka yang terletak di Subang Jaya ini. 

Pasangan suami isteri Farah Hasran dan Afiq Zarim memulakan perniagaan ini pada tahun 2008 di rumahnya TTDI. Bermula dari rumah, kemudian berjaya melebarkan sayap dengan membuka kedai di Subang Jaya. Mereka juga mempunyai cawangan di TTDI @ Mukha. 

A picture containing cake, table, plate

Description automatically generated
  1. Cake Jalan Tiung 

Bermula dari rumah sahaja, pasangan suami isteri iaitu Shafinaz dan Hidzad kini memiliki kedai yang dikenali sebagai Cake Jalan Tiung. 

Bertempat di Shah Alam. Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis. Disini juga dikenali kerana nama keknya yang lucu sebagai contoh, Cheese Berdebah, Samseng Kg Pandang, Handsome Boyfriend dan macam macam lagi.  

A picture containing food, plate, dessert, snack food

Description automatically generated

Kalau ada satu perkara yang menyatukan perpaduan untuk rakyat Malaysia. Makananlah jawapannya! 

Tidak kiralah mana-mana budaya sekalipun, bagi peminat manisan, setiap hidangan takkan lengkap tanpa pencuci mulut.  

Jadi marilah kita sama-sama menyokong perniagaan lokal yang terdapat di sekitar kawasan Lembah Klang, secara tidak langsung kita dapat membantu peniaga kecil ini semasa pandemik. 

Lain orang, lain tekaknya. Berbelanjalah ikut kemampuan. Pastikan bajet mengikut poket masing-masing dan makanan yang masuk kedalam mulut haruslah enak.  

Jangan risau, Ajwa Bakery menawarkan manisan yang sedap-sedap untuk semua peringkat umur dengan pilihan harga yang berpatutan.

Kualiti dan mutu yang terjamin, anda pasti tidak akan menyesal memilih Ajwa Bakery.

Jom Singgah Ajwa Bakery! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.